Garmin Forerunner 255 Dan 255S Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1730

TechnologyDigital
29 Jun 2022 • 2:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Garmin Malaysia kini hadir dengan beberapa penawaran baru menerusi pengenalan Forerunner 255. Melaluinya, terdapat empat variasi telah diumumkan yang terdiri dengan Forerunner 255, Forerunner 255 Music, Forerunner 255S dan Forerunner 255S Music. Kesemuanya didatangkan dengan fungsi dan ciri yang meletakkan masing-masing dalam kelas tersendiri.

image is not available

Bagi yang berminat, Garmin Forerunner 255 dan Forerunner 255S ditawarkan pada RM1,730 dan ketersediaan untuk kedua-duanya akan bermula suku ketiga tahun ini. Sementara itu, Garmin Forerunner 255 Music dan Garmin Forerunner 255S Music pula berharga RM1,970 dan sudah boleh didapati menerusi pengedar sah Garmin Malaysia di Lazada, Shopee dan AECO-estore.

Garmin Forerunner 255 dan Forerunner 255S menampilkan rekaan hampir sama dengan pendahulunya iaitu Garmin Forerunner 245. Ia menggunakan tubuh berasaskan bahan fiber dengan padanan tali silikon. Setiap variasi juga berkongsi perkakasan dalaman yang sama. Perbezaan ketara yang boleh dilihat dengan jelas adalah pada saiz skrin muka jam dan jangka hayat bateri.

image is not available

Garmin Forerunner 255 dilengkapi skrin berwarna sebesar 1.3-inci dengan resolusi 260 X 260 piksel. Jangka hayat bateri pula boleh mencapai 14 hari (mod jam tangan pintar), 30 jam (mod GPS) dan 6.5 jam (khusus untuk variasi muzik). Sementara itu, skrin berwarna pada Garmin Forerunner 255S pula bersaiz 1.1-inci dengan resolusi 218 X 218 piksel. Bateri yang disertakan mampu bertahan sehingga 12 hari (mod jam tangan pintar), 26 jam (mod GPS) dan 5.5 jam (khusus untuk variasi muzik).

image is not available

Dari segi fungsi, siri Forerunner 255 dilengkapi sejumlah sensor pemantauan kesihatan terbina seperti kadar degupan jantung, pola waktu tidur, tahap tekanan harian, penjejakan kesihatan wanita dan banyak lagi. Turut melengkapinya adalah lebih daripada 30 mod sukan terbina, di samping lain-lain spesifikasi termasuklah pembayaran nirtunai Garmin Pay, sokongan GNSS dengan kebolehan menavigasi lebih tepat, pemberitahuan pintar dan banyak lagi.