Insiden Letupan: Mangsa Maut Pelajar Praktikal, Bakal Tamat Latihan Industri Minggu Ini

12 Jan 2026 • 11:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) disahkan meninggal dunia dalam kejadian letupan gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Prof Dr Chang Yoong Choon berkata, mangsa merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan minggu ini adalah minggu terakhir beliau menjalani latihan industri.

Mangsa Maut Pelajar Praktikal

image is not available

“Mangsa adalah penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang menjalani LI selama tiga bulan.
“Minggu ini, adalah minggu terakhir dia menjalani latihan industri sebelum menamatkan program,” katanya, hari ini.

image is not available

Mengulas mengenai bantuan kepada keluarga mangsa, Prof Dr Chang berkata UTAR menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar bagi meliputi sebarang kemalangan termasuk kecederaan dan kematian.

“Universiti akan menguruskan dokumentasi berkaitan dan mengemukakan tuntutan kepada pihak insurans.
“Pihak pengurusan juga akan memberikan sokongan penuh termasuk bantuan berkaitan urusan pengebumian,” katanya lagi.
image is not available

Tegas beliau, UTAR komited untuk membantu keluarga mangsa sehingga semua urusan selesai dan akan menghormati keputusan keluarga.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dikenali sebagai Soo Yu Juan, 24, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan identiti mangsa dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan tersebut.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

The post Insiden Letupan: Mangsa Maut Pelajar Praktikal, Bakal Tamat Latihan Industri Minggu Ini appeared first on Borak Daily.