Gauri Khan Hingga Twinkle Khanna: Isteri Bollywood Ini Melarang Suami Mereka Berlakon dengan Aktres Tertentu 

Entertainment
26 Nov 2022 • 7:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Alia Bhatt, Deepika Padukone, Twinkle Khanna - Gambar Instagram setiap selebriti

Mungkin, ada yang tertanya-tanya, bagaimana perasaaan segelintir isteri kepada aktor Bollywood apabila mereka berpasangan dengan seseorang aktres yang jelita dan menawan di dalam sesebuah filem. 

Lebih-lebih lagi apabila suami mereka itu diminta melakukan adegan yang romantis bersama pasangan pelakon wanita mereka itu dan kemudian timbul pula gosip cinta tentang mereka di lokasi filem. 

Mungkin, ada yang menganggap isteri-isteri aktor Bollywood tidak kisah atau sudah lali dengan perkara itu, namun percayalah jauh di sudut hati, terselit juga rasa cemburu. 

Bahkan, ada di antara isteri-isteri aktor ini yang melarang suami-suami mereka bekerja dengan artis-artis wanita tertentu. 

 

Twinkle Khanna

image is not available
Twinkle Khanna dan Akshay Kumar

Twinkle Khanna dilaporkan telah melarang suaminya, Akshay Kumar untuk berlakon bersama Priyanka Chopra.

Bahkan, Twinkle pernah muncul di lokasi filem apabila Akshay diminta melakukan adegan intim bersama Priyanka seperti mana yang diminta di dalam skrip. 

 

Sussanne Khan

image is not available
Hrithik Roshan dan Sussanne Khan

Ketika masih berumahtangga dengan Hrithik Roshan, Sussanne Khan telah memberi amaran kepada suaminya itu supaya tidak lagi bekerjasama dengan Barbara Mori.

Sussanne memberikan amaran tersebut setelah keakraban Hrithik dan Barbara menjadi tajuk akhbar sewaktu mereka menjayakan filem berjudul Kites

 

Alia Bhatt

image is not available
Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt

Ranbir Kapoor dan Katrina Kaif yang kini cuba bersahabat mungkin tidak akan berkongsi skrin lagi di layar perak dan Alia Bhatt sendiri bersetuju dengan hal itu. Tapi, siapa tahukan kalau suatu hari nanti mereka akan digandingkan bersama lagi. 

 

Deepika Padukone

image is not available
Deepika Padukone

Suaminya, Ranveer Singh memang dikenali dengan sikap friendly yang melampau dengan semua orang dan sesiapa sahaja di dalam industri ini, namun Deepika sama sekali tidak mahu dia berganding dengan Katrina Kaif di layar  perak. 

 

Jaya Bachchan

image is not available
Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan

Gosip cinta di antara Amitabh Bachchan bukanlah suatu rahsia di kalangan warga Bollywood. Sudah tentu isterinya, Jaya Bachchan tidak menyenanginya dan meminta supaya suaminya itu tidak lagi bekerja dengan Rekha. Hingga saat ini, mereka tidak lagi dilihat berjumpa di khalayak ramai.

 

Katrina Kaif

image is not available
Vishal Kausal dan Katrina Kaif

Aktor Vicky Khausal yang kelihatan bahagia mengahwini Katrina Kaif mungkin tidak akan dapat bekerja dengan Deepika di dalam filem. Perang dingin di antara Katrina dan Deepika sering mendapat perhatian ramai. 

 

Datin Gauri Khan

image is not available
Gauri Khan dan Shah Rukh Khan

Datin Gauri Khan dilaporkan tidak menyenangi Priyanka Chopra dan tidak mahu suaminya, Datuk Shah Rukh Khan bekerjasama dengan aktres tersebut. Filem terakhir Shah Rukh bersama Priyanka adalah Don 2. - Getaran, 26 November 2022