Gaya Pakai Reben Disamakan Dengan Bella Astillah, Risteena Jawab - “Tahun 2022 Dah Pakai, Tiada Istilah Siapa Tiru Siapa Okay”

25 Mar 2025 • 5:54 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Risteena menjelaskan penampilan dengan gaya rambut dihiasi reben ketika menghadiri sebuah expo jualan raya baru-baru tiada kaitan dengan meniru sesiapa.
 

Tiada istilah tiru sesiapa

 


Risteena yang juga merupakan kakak kepada aktres Ruhainies menjelaskan, dia sudah lama memiliki aksesori berkenaan selain sering tampil dengan gaya seperti itu sebelum ini.


 

“Tahun 2022 dah pakai ribbon ni. Ramai tanya bila saya beli ribbon tu? Dah lama dah tu. 
 
“Ribbon lama je saya pakai. Tak ada istilah siapa tiru siapa okay. Semua orang boleh pakai apa kita nak pakai. 

 


“Jangan pening fikir dah. Jom kita fokus 10 malam terakhir Ramadan,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.


image is not available


 


image is not available



Bagaimanapun, difahamkan hantaran tersebut telah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

 


Terdahulu, penampilan Risteena menjadi perhatian netizen apabila ada netizen yang mendakwa dia meniru gaya penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.