
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Para pengguna jalan raya sudah tentu cakna dengan setiap peraturan ditetapkan. Pemanduan secara berhemah adalah penting bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku misalnya kemalangan kenderaan yang boleh mengundang maut.
Bukan itu sahaja, pemandu juga perlulah bertimbang rasa dan bertoleransi antara satu sama lain. Sebagai contoh mudah, memberi parkir kereta kepada pemandu yang sampai dahulu di lokasi tersebut.
Atau pun memberikan laluan kepada mana-mana pemandu yang sedang berada dalam kecemasan. Insya-Allah, dengan cara itu mudah-mudahan urusan kita pula berjalan lancar selepas ini.
Baca Artikel Berkaitan: “Berani Sebab Besar Ke?” – Axia Jadi Mangsa Buli Jalanan, Kena Himpit Dengan Trak Pikap
Wanita Berang Dakwa Pemandu Kereta Sengaja Tak Beri Laluan Ke Susur Kiri
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pemandu wanita dikenali sebagai Myra (@myraaamyra) menunjukkan situasi trafik yang sesak sekitar persimpangan lampu isyarat di sebuah jalan raya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak kereta sedang menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.
Namun lain pula yang terjadi apabila Myra meluahkan rasa berang dengan beberapa orang pemandu di hadapannya dan mendakwa mereka sengaja tidak memberi laluan kepadanya untuk memasuki susur kiri.
Wanita Minta Pemandu Himpit Ke Laluan Kanan Agar Ada Ruang Ke Susur Kiri
Myra dalam masa sama menyifatkan pemandu-pemandu kereta terbabit bersikap pentingkan diri sendiri kerana tidak menghormati masa orang lain.
“Pentingkan diri betul jadi orang. Dah tahu ada susur kiri pergi je la ke kanan sikit. Respect la laluan dan masa orang. Sebenarnya laluan ke kiri tu lapang je, lepas tu tiba-tiba ada dua kereta dari lane ketiga tukar ke lane nombor empat.
“Untuk pengetahuan semua, situ ada empat laluan ya. Sebab tu kita cakap macam tu. Dah nampak kita signal ke kiri, bagilah ruang sikit,” ujar pemandu wanita terbabit di ruangan kapsyen.
@myraaamyra selfish betul jadi orang.. Dah tahu ada susur kiri pergi la kekanan sikit.. respect la laluan dan masa orang.. ” Actually laluan ni clear sebenarnya kekiri…lepas tu 2 kereta tu TETIBA tukar laluan dari lane 3 tukar laluan ke lane 4 ” Untuk pengetahuan uolss Situ Ada 4 lane Ya… Sebab tu kita ckp mcm tu..dah nampak kita signal kekiri.. Bg la ruang sikit.. 😌😌
♬ original sound – myra_aamyra
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Minta Pemandu Wanita Bersabar Jika Jalan Sedang Sesak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihati wanita tersebut untuk lebih bersabar ketika memandu di jalan raya lebih-lebih ketika waktu puncak.
“Entahlah, normal je benda macam ni. Tak ada yang pelik pun. Kalau betul-betul ada kecemasan hon je panjang-panjang. Kalau tak ada duduk je tunggu sampai (boleh) jalan,” kata seorang warganet.
Malah segelintir individu turut berkata, jalan raya tersebut akan lebih sesak jika pemandu lain mengosongkan laluan di sebelah kiri semata-mata untuk memberi laluan kepada pengguna lain keluar susur.
“Lepastu laluan kanan tu bila nak habisnya (trafik) kalau semua tak boleh duduk laluan kiri? Fikir sikit kak,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga berpendapat bahawa kejadian ini tidak sepatutnya menjadi isu memandangkan kereta lain di laluan berkenaan tidak melanggar apa-apa peraturan jalan raya dan hanya menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
“Ini pun jadi isu ke? Tak ada siapa salah pun dekat situ. Dah jalan jammed (sesak) memang begitulah gayanya,” kata seorang lelaki.
















Panduan Guna Laluan Susur Keluar
Kalau anda nak tahu penggunaan susur keluar dan susur masuk juga ada langkahnya tersendiri.
Pemandu diingatkan untuk tidak sesuka hati keluar susur tanpa memerhati keadaan trafik di sekeliling bagi memastikan tiada sebarang kemalangan berlaku.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Nyalakan lampu isyarat ketika sedang menghampiri susur keluar.
- Masuk ke laluan susur keluar atau juga dipanggil sebagai ‘deceleration lane’ apabila mempunyai ruang.
- Anda harus memperlahankan kenderaan semasa berada di laluan tersebut.
- Masuk ke jalan utama secara perlahan-lahan sambil mengawasi kenderaan lain yang berada di sekeliling.
Ingat, biar lambat asalkan selamat!
Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Patut Ada Lesen” – Axia Selamba ‘Pancung’ Menghala Ke Flyover Buat Ramai Berang
Source:


![2 Hari Dengar Bunyi, Rupanya Kucing 1 Keluarga Duduk Berkampung ‘Dalam’ Kereta [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
