Gayakan kostum ‘leopard’, penampilan seksi Leona ke parti Halloween dikecam

LocalEntertainment
31 Oct 2024 • 2:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi bualan hangat warganet selepas dia memuat naik beberapa foto berpakaian seksi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona di laman TikToknya, dapat dilihat Leona membuat transisi dirinya memakai baju biasa sebelum ditukarkan kepada kostum Halloween nya.

Penampilan seksi Leona

image is not available

image is not available

Dalam video itu, kostum yang digayakan Leona agak mencolok mata kerana ia ketat di bahagian dada dan mendedahkan bahagian kakinya.

“Happy Halloween,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Penampilan seksi Leona

image is not available

Netizen kecam

Menjengah ke ruangan komen, rata-raya netizen kecam imej seksi Leona namun, ada juga segelintir individu yang memujinya kelihatan cantik dan comel mengenakan pakaian tersebut.

image is not availableimage is not available

Netizen titip nasihat, berharap berubah

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan nasihat kepada Leona hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan.

image is not availableimage is not available

Ini bukanlah kali pertama pempengaruh itu berpakaian mencolok mata kerana sebelum ini dia pernah berkongsi video mandi sambil berbikini bersama rakan-rakan ketika bercuti.

Sumber: TikTok @Leona