GB Gold Wealth Summit 2026 perkukuh hala tuju, fokus bina kekayaan rakyat

LocalBusiness & Finance
31 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: GB Gold Wealth Summit 2026 perkukuh hala tuju, fokus bina kekayaan rakyat

KLANG – GB Gold, platform simpanan emas patuh syariah di bawah Grand Bullion Marketing Sdn. Bhd. menganjurkan GB Gold Wealth Summit 2026 di sini baru-baru ini, yang menetapkan hala tuju strategiknya dalam memperkukuh ekosistem ejen, sistem operasi serta peluang pendapatan bagi rakyat Malaysia yang ingin membina kekayaan menerusi simpanan emas.

Bertemakan ‘Building People’s Wealth’, acara tersebut menyaksikan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grand Bullion Marketing yang baharu, Mohd. Afiq Ahmad; kesinambungan selebriti versatil, Alif Satar sebagai duta; dan pengukuhan tadbir urus syariah dalam perniagaan emas.

Ia antara lain berkongsi beberapa inisiatif strategik yang bakal dilaksanakan syarikat termasuk sistem operasi baharu bagi memperkukuh pengalaman ejen dan pelanggan, laman web rasmi yang dinaik taraf, barisan produk baharu dalam portfolio emas GB Gold, serta beberapa kerjasama strategik yang dimeterai.

Antaranya ialah Majlis Serah Terima Tadbir Urus Syariah kepada Sharlife Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Ahli Panel Syariahnya, Ustaz Muhamad Arham Merican.

Ini diikuti Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan lima pihak utama iaitu Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Sharlife, Alif Satar, TTT Bullion (M) Sdn. Bhd. selaku pembekal emas serta wakil dari SIRIM selaku pembekal sijil piawaian.

Image from: GB Gold Wealth Summit 2026 perkukuh hala tuju, fokus bina kekayaan rakyat
Majlis pemeteraian MOU bersama Muhammad Arham Merican daripada Sharlife, Alif Satar, Mohd. Afiq Ahmad dari GB Gold dan Cheang Kok Keet daripada TTT Bullion.

Mohd. Afiq, yang membuat penampilan pertamanya sebagai CEO dalam persidangan berkenaan berkata, GB Gold Wealth Summit 2026 menandakan babak baharu bagi syarikat.

“Ia bukan sekadar pelancaran produk, malah menyaksikan pengisytiharan hala tuju syarikat ke arah membina sistem, memperkasa ejen dan mencipta pendapatan yang mampan untuk rakyat Malaysia.

“Setiap langkah yang kami ambil – dari tadbir urus syariah sehingga kerjasama strategik hari ini, dibina atas asas kredibiliti. Itulah erti sebenar ‘Building People’s Wealth’ bagi kami,” katanya sempena persidangan tersebut yang diadakan di hotel Wyndham Acmar Klang.

Acara sama turut menyaksikan penganugerahan buat ejen GB Gold yang telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, yang mana para pemenang diberikan tiket ke New Zealand sebagai ganjaran.

Buat tahun 2027 pula, hadiah yang ditawarkan kepada agen GB Gold yang mencapai sasaran merupakan tiket percutian ke Turkiye.

Menerusi model ejen syarikat, peluang memulakan perjalanan sebagai ejen GB Gold hanya bermula dengan pegangan seberat 1 gram emas sahaja – merendahkan halangan kemasukan sambil membuka laluan pendapatan tambahan yang mampan untuk orang ramai.

Image from: GB Gold Wealth Summit 2026 perkukuh hala tuju, fokus bina kekayaan rakyat
Ketua Pegawai Eksekutif GB Gold, Afiq Ahmad bersama agen GB Gold yang telah dinaikkan pangkat ke peringkat Mentor Dealer dan Crown Mentor Dealer.

Sementara itu, Alif Satar berkata, beliau kekal bersama GB Gold bukan sekadar kerana jawatan duta, tetapi kerana dirinya sendiri percaya emas merupakan pelaburan yang bijak.

“Dari sudut Islam pun, dinar emas memang diiktiraf. Bila tawaran ini pertama kali datang, rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal, tepat pada masanya.

“Tahun ketiga ini saya lebih teruja sebab nampak sendiri sistem dan peluang yang GB Gold sediakan untuk orang ramai bina kekayaan,” ujarnya.

GB Gold Wealth Summit 2026 turut menyaksikan pelancaran produk edisi khas terbaharu, GB Gold Alif Gold Bar Versi 3.0, hasil kolaborasi bersama Alif Satar. Gold Bar versi terbaharu ini boleh didapati di www.gbgold.my. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

The post GB Gold Wealth Summit 2026 perkukuh hala tuju, fokus bina kekayaan rakyat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved