'PBN' tiada modal main isu Anthony Loke, MB Negeri Sembilan

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 12:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'PBN' tiada modal main isu Anthony Loke, MB Negeri Sembilan
Syahredzan berkata, daripada cuba mengaburi mata rakyat, lebih baik PN dan BN mengumumkan hala tuju mereka untuk rakyat Negeri Sembilan.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) didakwa terus memainkan sentimen perkauman sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana ketandusan isu untuk dibangkitkan.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, sudah jelas dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan bahawa orang yang dilantik menjadi Menteri Besar harus berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"PBN tiada modal lain nampaknya. Balik-balik main isu sama.

"Tiada konfigurasi sekarang yang memungkinkan seorang Menteri Besar (MB) yang bukan Melayu Islam dilantik oleh Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan siapakah yang akan dilantik sebagai calon Menteri Besar daripada PH sekiranya Aminuddin tewas dalam pilihan raya negeri kali ini.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada rakyat Negeri Sembilan mahu Anthony Loke menjadi Menteri Besar.

Tambah Syahredzan, daripada cuba mengaburi mata rakyat, lebih baik PN dan BN mengumumkan hala tuju mereka untuk rakyat Negeri Sembilan.

"Ini 'confirm' masih kabur," ulasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved