“GB suka holiday”- Kreatif Habis, Ubah Sekolah Jadi Airport Sempena Majlis Persaraan Guru Besar

Entertainment
4 Feb 2024 • 10:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Guru-guru yang bersara sudah semestinya akan disambut dengan meriah kerana mahu mengenang jasa-jasa mereka sepanjang berpuluh tahun berkhidmat menjadi pendidik.

Namun, kreativiti para cikgu di sekolah SJK (C) Kuang Hwa KTN ini pula telah menarik perhatian ramai warganet kerana mereka telah mengubah sekolah menjadi lapangan terbang sempena majlis persaraan guru besar sekolah terbabit.

image is not available

Difahamkan, idea untuk menggunakan tema percutian dan suasana seperti di lapangan terbang itu adalah kerana guru besar tersebut sangat suka pergi bercuti.

Video suasana ketika majlis persaraan yang diraikan dengan tema airport di sekolah itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok rumah.kome baru-baru ini.

@rumoh.kome

Majlis persaraan guru besar sekolah kome. Disebabkan GB kome ni suka p holiday, so sekolah decide utk buat tema percutian. #fyp #gurubesar #majlispersaraan #temapencen #temahariguru #hariguru #ideahariguru #pencen #majlissekolah #sekolah #sjkckuanghwa

♬ Disappear – Maniak-B

Dalam video yang berdurasi selama 42 saat itu, dapat dilihat kawasan sekolah seperti dewan telah diubah menjadi seperti kaunter tiket di KLIA dan tetamu-tetamu yang dijemput juga mendapat pasport dan tiket sebelum masuk ke majlis terbabit.

Siap kena check-in dan ada pemeriksaan keselamatan dulu tau! Memang macam kat airport!

image is not available

Selain itu, kawasan dewan terbuka juga telah diubah seperti dalam kapal terbang.

Manakala guru-guru pula memakai uniform yang sama kerana mereka menjadi kru penerbangan, ada yang jadi juruterbang dan ada yang jadi pramugari.

Siap ada perarakan masuk dengan bawa bagasi lagi tau! Memang kreatif.

image is not available

Manakala para murid pula menolak troli dan memberikan minuman dan snek kepada tetamu-tetamu undangan, macam tugas pramugari-pramugara dalam penerbangan.

Rata-rata warganet memuji usaha tenaga pengajar di sekolah tersebut kerana menggunakan tema yang lain daripada yang lain untuk majlis persaraan cikgu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.