Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia, Tinggalkan Kenangan Buat Peminat

LocalEntertainment
5 Oct 2026 • 7:17 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia, Tinggalkan Kenangan Buat Peminat

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Gbob Raja Lawak, atau nama sebenarnya Muhammad Hamizi Hashim, 40, meninggal dunia pada jam 10 pagi semalam selepas mengalami komplikasi akibat pendarahan otak.

Berita pemergian Allahyarham disahkan ibunya, Hayati Abdul, yang memaklumkan Gbob mengalami sawan sebelum terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala kira-kira 10 hari lalu.

Menurut Hayati, Gbob mengalami sawan pada Jumaat lalu sekitar jam 5.30 petang sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Selayang.

Keadaan Allahyarham kemudian kritikal selepas pemeriksaan mendapati berlaku pendarahan otak di sebelah kanan.

Keadaan Semakin Kritikal

Hayati berkata, doktor pakar otak memaklumkan Gbob tidak dapat menjalani pembedahan kerana risiko yang tinggi, selain kedua-dua bahagian otaknya mengalami kecederaan.

Percubaan untuk mengurangkan ubat tidur juga menyebabkan sawan Allahyarham berulang kali sebelum dia kembali ditidurkan sehingga menghembuskan nafas terakhir semalam.

Menurut ibunya, Gbob sebelum ini pernah mengalami pendarahan otak pada 2019 yang menyebabkan dia diserang strok, namun keadaannya beransur pulih.

Malah, sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Gbob dikatakan berada dalam keadaan lebih baik dan mampu menguruskan dirinya sendiri.

Pernah Sertai Maharaja Lawak Mega

Allahyarham pernah mencipta nama menerusi program Raja Lawak sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.

Gbob turut menyertai Maharaja Lawak Mega 2019 menerusi kumpulan ON X ON bersama Che Mat dan Azrul Zaidi.

Selain dunia lawak, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem termasuk Halim Munan, Strawberi Cinta dan Operasi X, selain beberapa drama televisyen.

Jenazah Allahyarham dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah 3, Kampung Melayu Kepong, selepas solat Asar semalam. – The Malaysian Update

The post Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia, Tinggalkan Kenangan Buat Peminat appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved