PELAWAK dan pelakon, Gbob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim meninggal dunia pada Ahad.
Allahyarham yang berusia 40 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Selayang.
Berita pemergian Allahyarham disahkan ahli keluarga dan dikongsikan rakan seperjuangannya, Amir Raja Lawak menerusi hantaran di Facebook.
Amir dalam hantaran tersebut memaklumkan berita berkenaan sebagai satu kehilangan besar khususnya rakan-rakan daripada program Raja Lawak.
"Berita sedih buat pelawak Malaysia terutama geng Raja Lawak.
"Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kami Gbob Raja Lawak telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi," katanya.
Jenazah Allahyarhan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah 3, Kampung Melayu Kepong di sini.
Sebelum ini, Gbob dilaporkan dimasukkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di kepala pada 6 Mac 2020,
Allahyarham Gbob pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2019 menerusi kumpulan ON X ON dan berlakon dalam pelbagai filem antaranya Operasi X, Menantu Material dan Strawberi Cinta.






