Pelawak Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia Akibat Sawan, Ibu Kongsi Saat Akhir

LocalEntertainment
5 Oct 2026 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Jenazah pelawak dan pelakon, Gbob Raja Lawak yang meninggal dunia pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah 3, Kampung Melayu Kepong selepas solat Asar.

Ibu Allahyarham, Hayati Abdul berkata Gbob atau nama sebenarnya Muhammad Hamizi Hashim, 40, mengalami sawan sehingga terjatuh dan mengalami pendarahan di bahagian kanan kepala sejak 10 hari lalu.

Advertisement

GBOB

“Along (Gbob) kemudian dikejarkan ke Hospital Selayang dan menghembuskan nafas akhir pada jam 10 pagi tadi dalam keadaan yang baik.

“Dia sebenarnya pernah mengalami pendarahan otak sebelah kiri pada 2019 menyebabkannya mengalami strok dan dengan izin Allah SWT, keadaan kesihatannya beransur-ansur pulih.

“Sepanjang tahun ini, memang dia kadang sakit, kadang masuk wad dan sawan, tapi tak seteruk sawan dialami kali ini,” katanya.

Pernah alami pendarahan otak pada 2019

Menurut Hayati, dua tahun kebelakangan ini keadaan kesihatan Gbob dilihat semakin baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan.

Malah, Allahyarham sudah mampu berdikari, menguruskan diri sendiri serta menjaga pengambilan ubat seperti yang diarahkan doktor.

“Sepanjang dua tahun ini, dia pandai berdikari, menguruskan diri, menjaga makan minum sendiri dan menjaga segala ubat-ubatan yang diberi oleh doktor iaitu cara makan dia.

“Akal pun dah mula datang semula. Tapi ditakdirkan pada Jumaat lalu sekitar jam 5.30 petang, Gbob kena sawan semula dan tak sedarkan diri. Jadi mak cik terpaksa panggil ambulans untuk bawa ke Hospital Selayang.

“Dia ditempatkan di zon kritikal dan Gbob memang tak boleh bangun lagi dan terpaksa ditidurkan. Kami kemudian dapat info daripada doktor pakar otak bahawa Gbob tak boleh lagi buat pembedahan,” katanya.

Pendarahan berlaku di kedua-dua belah otak

Hayati berkata keluarga kemudian dimaklumkan bahawa pendarahan turut berlaku di bahagian kanan otak, sekali gus menyebabkan kedua-dua bahagian otak Allahyarham mengalami kecederaan.

“Jadi tak boleh ambil risiko buat pembedahan sebab nyawa Gbob 50-50, tapi doktor usaha juga untuk selamatkan dia walaupun sudah bagi ubat tidur.

“Bila cuba bangkitkan dia, sawan dia berulang-ulang tanpa berhenti. Jadi terpaksa ditidurkan lagi sehinggalah hayatnya berakhir hari ini,” katanya.

Menurut Hayati, Allahyarham tidak pernah menunjukkan tanda-tanda berada dalam kesakitan sebelum terkena sawan tersebut.

Pernah sertai Maharaja Lawak Mega 2019

Allahyarham pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega 2019 menerusi kumpulan ON X ON bersama Che Mat dan Azrul Zaidi.

Selain dikenali sebagai pelawak, Gbob turut terlibat dalam bidang lakonan dan pernah membintangi beberapa filem termasuk Halim Munan, Strawberi Cinta dan Operasi X.

Allahyarham juga pernah muncul dalam beberapa drama seperti Nasi Minyak Kuah Cinta dan yang terbaharu, Bila Hati Berbisik. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada puatan di bawah.

Image from: Pelawak Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia Akibat Sawan, Ibu Kongsi Saat Akhir2026-10-05 10:43:52

“Harga Saya Bukan Sebab Artis” - Shima Anuar Pertahan Harga Kek RM150, Dakwa Guna Bahan Berkualiti Tinggi

 

The post Pelawak Gbob Raja Lawak Meninggal Dunia Akibat Sawan, Ibu Kongsi Saat Akhir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved