GCEO Perak Corporation letak jawatan

LocalBusiness & Finance
13 Sep 2022 • 5:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Perak Corporation Bhd mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dan Pengarah Eksekutif, Zainal Iskandar Ismail pada 12 September 2022 untuk meneruskan minat dalam bidang lain.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat yang diklasifikasikan sebagai PN17 itu berkata, Zainal Iskandar, 48, dilantik sebagai GCEO pada 11 Jun 2020 menggantikan Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor, yang dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada masa itu, dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan pada 3 Julai 2020.

Menurut laporan tahunan 2021 syarikat, Perak Corp adalah 52.27 peratus dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan 6.13 peratus dimiliki oleh Sime Darby Property Bhd. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved