
Gara-gara berwajah gebu dan comel, ramai netizen menganggap anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat adalah perempuan. Tampil menjelaskan salah faham itu, Ayda menegaskan anak keduanya yang diberi nama Aali Mateen adalah lelaki. “Ingat potong rambut dedek orang tau dah dia boy. Rupa-rupanya masih ada yang ingat dia girl. Haha! Nama dia Aali Mateen, anak nombor dua saya. “Dia bukan Nayla atau girl tau… cuma dia gebu dan cute ah… janji. Dia boy. Comellah kakak-kakak yang komen ini,” kata Ayda menerusi hantaran di Threads. Dalam pada itu, Ayda juga berharap wargamaya tidak mempersoalkan tindakannya memotong rambut anaknya pendek. “Akak jangan marah saya potong rambut dia sebab dia memang boy. Jangan keliru please. Dia bukan Nayla and bukan girl haha!” kongsi Ayda di TikTok. Sumber - Threads / TikTok





