“Gebunya dia” – Gelagat Kucing Bantu Pendaki Turun Gunung Bunga Buah Buat Orang Ramai Tersengih

Entertainment
24 Aug 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang suka mendaki di hujung minggu, korang kalau boleh mesti nk duduk lama di puncak kan. Kalau nak turun tu biarlah ikut pace kita sambil layan udara segar di kawasan gunung.

Cakap pasal turun selepas mendaki ni, min nak share dengan korang satu video yang mendapat perhatian ramai. Seekor kucing putih dilihat menemani sekumpulan pendaki untuk turun dari puncak Gunung Bunga Buah.

Yang menariknya, selepas pendaki selamat sampai, kucing ini kembali ke puncak. Korang tengok video @hazwan_r dibawah ni.

@hazwan_r

Kucing misteri gunung bunga buah.. Guide kami turun sampai separuh jalan dia patah balik naik peak..

♬ original sound – Mr. ₩ – Mr. ₩

Gebunya dia

Geram je tengok kucing yang teman pendaki turun gunung ni. Dari gaya jalan nampak macam dia tahu selok-belok gunung tu.

image is not availableKucing yang bulu elok dah gemuk macam ni biasanya mesti ada tuan yang jaga. Mungkin dia nak teman orang-orang turun je. Just nak make sure semua orang selamat turun.

image is not availableMungkin ada lah yang menjaga kucing ni. Boleh jadi juga hobi kucing ni ikut orang hiking. Itu yang dia lepak dekat situ tu.

image is not availableMacam min cakap, dia dah tahu selok-belok gunung tu. Senang untuk dia pijak kawasan yang tak berlecak. Sebab tu kaki dia bersih je.

image is not availableAda lah tu yang menjaga kucing ni. Sebab tu bila bagi makan dia tak nak makan. Mungkin tuan dia dah pesan, jangan ambil makanan orang lain.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.