Individu Bangga Buat ‘Live’ TikTok Tayang Plastik Dad*h, Netizen Gesa Polis Tangkap Pelaku

Entertainment
21 Aug 2024 • 2:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang perasan, makin ramai orang yang tak malu menunjuk keburukan dan aib masing-masing asalkan mereka boleh viral di media sosial.

Bangga tunjuk plastik dadah

Pagi tadi, satu video pendek yang dikongsi oleh Caprice di Instagram memaparkan empat individu dalam satu sesi siaran langsung (Live) TikTok dan hanya tiga orang sahaja yang sedang berborak sesama mereka.

Tanpa segan silu, salah seorang perempuan dalam live tersebut bangga menunjukkan dua plastik kecil kosong miliknya yang didakwa diisi dengan serbuk dadah. Mereka turut menggunakan beberapa perkataan seperti ‘serbuk’ dan ‘batu’ supaya tidak dikenakan tindakan oleh TikTok.

Kemudian, seorang lelaki offer diri menayang ‘dapur’ dadah kepunyaannya yang dibuat menggunakan botol plastik dan tiub.

Walaupun mereka tidak melakukan ‘perbuatan khayal’ itu semasa live kerana takut kena banned di TikTok, tetap ianya salah di sisi undang-undang dan moral.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Netizen minta polis cari pelaku

Di ruangan komen dalam hantaran tersebut, ramai netizen meluahkan rasa geram kerana mereka boleh membawa pengaruh yang buruk kepada penonton selain ia ditayangkan secara langsung di TikTok.

image is not available image is not available

Lebih membimbangkan, ada ibu bapa yang mula risau kerana generasi sekarang semakin ‘rosak’ dan takut jika anak mereka tersalah pilih kawan.

image is not available

image is not available

Selain itu, ada netizen yang menggesa pihak berkuasa supaya mengenakan tindakan segera terhadap mereka bertiga.

image is not available

image is not available

Risaulah zaman sekarang ni..

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.