Gedung Pop-Up KPop Demon Hunters Gegarkan Musim Cuti Peminat Di Malaysia

LocalEntertainment
26 Dec 2025 • 9:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gedung Pop-Up KPop Demon Hunters Gegarkan Musim Cuti Peminat Di Malaysia

Musim cuti hujung tahun ini menjadi lebih meriah dengan pembukaan gedung pop-up rasmi KPop Demon Hunters di 1 Utama.

Gedung ini dibawakan secara ekslusif kepada peminat dengan menawarkan barangan rasmi serta koleksi istimewa animasi terkenal ini.

Direalisasikan menerusi kerjasama Netflix dan dilaksanakan oleh b.stage, gedung ini memberi peluang kepada peminat tempatan menikmati pengalaman lebih dekat dengan dunia KPop Demon Hunters.

image is not available

Konsep yang diketengahkan bersifat mesra keluarga dan sesuai dikunjungi semua peringkat umur.

Sejurus melangkah masuk, peminat disambut dengan poster HUNTR/X dan standee Saja Boys bersaiz besar di pintu utama.

Setiap ruang turut dipenuhi visual watak ikonik yang mencuri perhatian pengunjung.

image is not available

Rekaan ini secara tidak langsung menghidupkan suasana dunia animasi tersebut.

Bagi melengkapkan pengalaman peminat, lagu-lagu tema filem dimainkan. Suasana menjadi lebih meriah apabila pengunjung turut bernyanyi dan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

image is not available

Lokasi tumpuan utama dihiasi dengan koleksi anak patung lembut Derpy pelbagai saiz. Selain itu, peminat turut disajikan dengan pelbagai barangan lain, antaranya alat tulis, kad foto dan beg silang.

Antara koleksi yang mendapat sambutan hangat termasuk kad foto lentikular dan lencana besi kedua-dua kumpulan ikonik ini.

image is not available

Beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, gedung ini dibuka kepada pengunjung dari 25 Disember 2025 hingga 18 Januari 2026.

Layari laman media sosial rasmi 1 Utama untuk maklumat lanjut.

The post Gedung Pop-Up KPop Demon Hunters Gegarkan Musim Cuti Peminat Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.