
BMW M Motorsport telah mendedahkan barisan rasmi pemandu bagi kategori LMGT3 untuk FIA World Endurance Championship (FIA WEC) musim 2026. Pengumuman ini menarik perhatian peminat apabila nama legenda MotoGP yang kini bergiat aktif dalam perlumbaan GT3, Valentino Rossi, tidak disenaraikan dalam mana-mana penyertaan BMW M Team WRT untuk musim hadapan.
Untuk musim 2026, BMW M Team WRT mempertaruhkan dua kombinasi pemandu yang memberi keseimbangan antara pengalaman, keserasian, dan pembangunan bakat baharu.
BMW M4 GT3 EVO #32 – Trio Kembali Bersatu
- Augusto Farfus (Pro)
- Sean Gelael (Silver)
- Darren Leung (Bronze)
Trio ini kembali bergabung selepas kejayaan musim 2024 yang menyaksikan kemenangan di Imola dan podium kedua dalam perlumbaan berprestij 24 Jam Le Mans.
BMW M4 GT3 EVO #69 – Barisan Sepenuhnya Baharu
- Dan Harper (Pro)
- Parker Thompson (Silver)
- Anthony McIntosh (Bronze)
Barisan ini menampilkan pemandu baharu dalam program FIA WEC BMW, dengan Harper membuat penampilan sulung dan Thompson serta McIntosh menyertai WRT sebagai muka segar dalam projek GT3 dunia.
Ketiadaan Rossi ? Tiada penjelasan rasmi daripada BMW atau Rossi, namun beberapa faktor menjadi petanda jelas:
1. Fokus Semula ke GT World Challenge Europe
GTWCE merupakan siri yang paling konsisten disertai Rossi sejak beralih ke GT3. Keutamaan terhadap siri ini memberi peluang beliau membina rentak, keserasian dan program jangka panjang bersama BMW di Eropah.
2. Strategi Baharu WRT dalam WEC
Pemilihan pemandu untuk FIA WEC 2026 lebih menjurus kepada pemandu berprestasi tinggi yang telah menunjukkan potensi kompetitif, selain perkembangan bakat baharu.
3. Arah Karier Rossi Masih Bersama BMW
Walaupun tidak beraksi dalam WEC, Rossi dijangka kekal bersama BMW M Team WRT dalam GTWCE yang merupakan “rumah utama” karier GT3 beliau.
Sama-sama kita nantikan pengumumuman Rasmi sama ada Rossi kekal di BMW untuk siri GT World Challenge Europe atau tidak.
Teruskan Bersama Four Wheels..!
The post Valentino Rossi Tidak Tersenarai Dalam Line-up BMW WRT FIA WEC 2026: Dijangka Beraksi di GT World Challenge Europe appeared first on TW Media.


