GeForce NOW Di Android Kini Menyokong Resolusi Sehingga 1440P

TechnologyDigital
26 Jan 2024 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan GeForce NOW kini menyokong penstriman permainan video dengan kualiti resolusi lebih tinggi 1440p pada 120 FPS melalui peranti Android. Ini bermakna pengguna boleh menikmati pengalaman bermain yang jauh lebih menyeronokkan dengan peningkatan kualiti kandungan lebih baik berbanding had sebelumnya 1080P pada 120FPS.

image is not available

Pun begitu, ciri baharu ini hanya boleh diakses secara eksklusif bagi pengguna Ultimate dengan dengan langganan bermula $19.99 (~RM94.45) sebulan. Selain terdapat juga manfaat lain yang termasuk permainan boleh dimainkan dengan sesi lapan jam, dan diakses melalui pelayan (server) yang dikuasakan GeForce RTX 4080. Di Malaysia pula, ia boleh dilanggan melalui YES dengan bermula RM30 Sebulan, dan RM300 setahun.

image is not available

Dalam perkongsian yang sama, NVIDIA turut mengumumkan sehingga 10 penambahan koleksi baharu seperti Stargate: Timekeepers, Enshrouded, Firefighting Simulator – The Squad, Metal: Hellsinger, Road 96: Mile 0, Shadow Tactics: Blades of the Shogun, Shadow Tactics: Blades of the Shogun – Aiko’s Choice, Solasta: Crown of the Magister, Tails Noir dan Wobbly Life.

image is not available

Selain juga membawa keluar sejumlah permainan yang dibangunkan oleh Spike Chunsoft daripada senarai pustaka GeForce Now atas permintaan penerbit sendiri.