Mozilla, syarikat pembangun disebalik pelayar web Mozilla Firefox hari ini telah mengumumkan bahawa pelayar web tersebut kini boleh digunakan untuk menstrim permainan-permainan komputer melalui perkhidmatan penstriman GeForce Now.
Sokongan ini hadir untuk pengguna Mozilla Firefox yang menggerakkan komputer mereka menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 11, dan bergantung kepada jenis langganan anda, Firefox boleh menstrim permainan komputer pada resolusi 1440p dan kadar segar semula 120Hz (GeForce Now Ultimate).

GeForce Now kini menawarkan sokongan untuk lebih 2000 permainan komputer, dan senarai permainan tersebut sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk pasaran Malaysia, GeForce Now ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi Yes, dan walaupun langganan GeForce Now Ultimate tidak ditawarkan, anda masih boleh melanggan perkhidmatan tersebut pada harga serendah RM10 jika anda pelanggan rangkaian Yes 5G.
Sumber: Mozilla





