Kandungan 4K Netflix kini boleh distrim pada resolusi maksimum 4K pada pelayar web Chrome menerusi versi 117. Sebelum video hanya boleh distrim pada resolusi maksimum FHD sahaja di Chrome. Walau bagaimanapun penstriman 4K di Chrome terhad pada komputer dengan Windows 10 dan Windows 11 sahaja. Pada Windows 8, resolusi terhad kepada SD. Bagi pengguna macOS, hanya Microsoft Edge dan Safari sahaja menerima sokongan 4K.

Sokongan 4K diaktifkan selepas Chrome 117 selepas pelayar menyokong sistem DRM terkini digunakan oleh Netflix. Untuk pengalaman terbaik, aplikasi Netflix masih pilihan paling selamat untuk menonton kandungan 4K, HDR10+ dan Dolby Vision. Codec HEVC diperlukan sebelum kandungan boleh distrim pada tetapan tertinggi.
Sumber – Netflix Help






