NVIDIA GeForce Now merupakan perkhidmatan gaming awanan yang membolehkan pengguna untuk menstrimakan permainan-permainan komputer melalui sambungan internet, perisian dan pelayar web, yang bermakna bahawa pengguna tidak memerlukan komputer yang berkuasa untuk memainkan permainan-permainan yang ditawarkan pada tetapan dan resolusi yang tinggi.
Walaupun begitu, satu kekangan yang diperlihatkan pada platform ini ialah ia hanya menyokong sistem operasi Microsoft Windows dan Apple MacOS sahaja sehingga kini. Akan tetapi perkara ini sudahpun berubah, kerana NVIDIA baru sahaja mengumumkan bahawa perkhidmatan tersebut kini boleh digunakan oleh para pengguna sistem operasi Linux.

Khususnya, NVIDIA mengatakan bahawa GeForce Now kini disokong secara rasmi pada sistem operasi Ubuntu 24.04 LTS dan keatas (versi terkini ialah 26.04 LTS “Resolute Raccoon”) buat masa ini. Jangkaannya ialah ia kelak boleh dicuba pada sistem-sistem operasi lain seperti CachyOS, Bazzite dan sebagainya kelak
Dalam pada itu, NVIDIA juga telah menambahkan sembilan permainan komputer baru yang boleh dinikmati melalui GeForce Now, termasuklah:
- Car Wash Simulator
- Pax Autocratica
- Clawed
- Hell Let Loose: Vietnam
- Sandustry
- Cat Mail Co.
- Misery
- Monster Hunter Wilds Prologue Demo
- Pratfall
Sumber: NVIDIA




