Gegar Vaganza 11: Krisdayanti Harap Liza Aziz Ada Potensi Juara - “Suaranya Sangat Jernih, Perfect Tone, High Pitch, Luar Biasa…”

9 Feb 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti berharap finalis Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz berpotensi menjadi juara untuk musim ini.
 

Suara Liza Aziz istimewa

Menurut Krisdayanti, Liza memiliki suara yang sangat istimewa dan luar biasa.

“Pertama sekali saya berasa amat senang bekerjasama dengan Kak Liza dan saya berbesar hati menjadi undangan istimewa untuk GV11.

“Suaranya sangat jernih, perfect tone, high pitch, luar biasa, saya doakan Kak Liza menang untuk Gegar Vaganza musim ini.

 

“Untuk membuat persembahan, saya mengangkat semangat saya kembali berjumpa dengan para seniman yang terlibat.

“Tidak hanya Kak Liza, tetapi dengan pengarah muzik, musisi, para seniman dan juga finalis GV11 dari Indonesia, ini merupakan peluang yang amat baik,” katanya kepada Gempak.

Krisdayanti berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan dan sound check konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.

 

 

 


Bintang senior kembali menyengat

Dalam pada itu, Krisdayanti juga mengagumi program ini kerana mengangkat semula bintang-bintang senior untuk kembali menyengat.

“Terus terang pada saya ini sangat istimewa, saya datang kembali ke Kuala Lumpur dan ke Shah Alam dengan jemputan istimewa Astro.

“Saya dapat bertemu dengan semua teman teman di tempat siaran yang saya rindukan. Mungkin dahulu saya berlakon sinetron dan ditayangkan di Astro.

“Tetapi tapi kali ini saya hadir untuk menyanyi sebagai jemputan istimewa. Apatah lagi untuk tahun ke 11 Gegar Vaganza ini telah melahirkan bintang bintang yang kembali menyengat.

“Maksudnya pihak Astro sendiri memberikan peluang terhadap para seniman yang mungkin juga sangat merindukan bagaimana suasana untuk kembali bertanding.

 

“Kembali bertemu dengan peminat bahkan membuka peluang mereka untuk kembali aktif ke dalam industri. Jadi saya sangat respek sekali dengan Gegar Vaganza,” jelasnya.

Konsert akhir GV11 bakal menyaksikan Krisdayanti menyampaikan lagu Cinta bersama finalis, Liza Aziz.

Selain Krisdayanti, artis undangan lain yang akan membuat persembahan bersama finalis adalah Pasha Ungu, Taufik Batisah, Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Dolla.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.

GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan kini baru sudah menimang cahaya mata ketiga dan menjalani proses berpantang.

GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu.

Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).

Rancangan popular ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.