
VANTAA, FINLAND: Gelagat pemain badminton negara, Aaron Tai, ketika majlis penyampaian pingat di kejohanan Arctic Open 2026 mencuri perhatian netizen apabila aksinya di atas podium mengundang pelbagai komen lucu.
Menerusi video yang tular di media sosial, Aaron dilihat tunduk ketika pingat disarungkan sebelum berlaku interaksi spontan dengan penyampai pingat yang membuatkan ramai terhibur.
Gelagat Spontan Cuit Hati Netizen
Antara komen yang mencuri perhatian ialah gurauan seorang netizen yang menulis, “Tiba-tiba bro ambik wuduk atas stage.”
Komen itu turut disambut pengguna lain yang berseloroh, “Tayamum halimunan,” sekali gus menambahkan suasana lucu di ruangan komen.
Seorang lagi netizen pula menulis, “Malu tak jadi malu,” manakala ada yang mengusik Aaron kerana gelagatnya yang dianggap mengikut perangai rakan sepasukannya.
Aaron Dan Yap Roy King Raih Kejayaan
Di sebalik gelagat spontan itu, Aaron Tai bersama gandingannya, Yap Roy King, mencipta kejayaan apabila muncul juara beregu lelaki di Arctic Open 2026.
Kejayaan itu menyaksikan Aaron Tai dan Yap Roy King muncul juara beregu lelaki Arctic Open 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lai Po-yu dan Tsai Fu-cheng, dengan keputusan 21-19, 21-19. – The Malaysian Update
The post Gelagat Aaron Tai Di Podium Juara Arctic Open Cuit Hati Netizen appeared first on The Malaysian Update.






