Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kanak-kanak sememangnya seseorang yang mempunyai kasih sayang yang tulus dan ikhlas. Bahkan mereka akan menghargai setiap individu yang melakukan kebaikan atau membuatkan mereka berasa gembira seperti ibu bapa, ahli keluarga termasuklah guru.
Kanak-kanak jadi perhatian bawa sebiji durian untuk bagi cikgu tadika
Terbaharu gelagat seorang kanak-kanak tadika telah mencuit hati orang ramai apabila dia dilihat membawa sebiji durian di dalam beg sekolah untuk diberikan kepada cikgu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu kanak-kanak itu, Nrslyaa di Threads, kelihatan guru tersebut memaklumkan mengenai anak wanita terbabit dikenali sebagai Affan membawa hadiah iaitu sebiji durian untuknya.
Durian dibawa sempena hari terakhir cikgu sebelum pindah ke sekolah lain
Durian itu dibawa oleh anak kecil berkenaan bersempena untuk meraikan hari terakhir gurunya di sekolah tadika terbabit kerana akan berpindah ke sekolah lain.
“Cikgu (di tadika Affan) bagitahu anak beri kejutan cikgu dia dengan ni (durian). Satu kelas tau bau durian.
“Untuk pengetahuan cikgu dia (Affan) last dekat sekolah hari ini sebab cikgu dia kena tukar sekolah lain,” tulis si ibu.
Cikgu terhibur dan tak sangka anak murid akan bawa durian dalam beg
Dalam satu perbualan tangkap layar, guru yang dikenali sebagai Cikgu Effa turut terhibur sewaktu memaklumkan kepada ibu kanak-kanak berkenaan mengenai durian yang diterimanya.
“Sungguhnya lah. Cikgu tak sempat duduk, datang (Affan) peluk cikgu. Lepas tu beritahu Affan bawak hadiah dekat cikgu. Tapi satu je, cikgu tanya hadiah apa?
“Buka beg tunjuk (durian) dekat cikgu,” kata Cikgu Effa kepada ibu Affan.
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Affan telah membuka zip beg galas bercorak Spiderman sebelum menarik keluar sebiji durian dan ditunjukkan kepada cikgu.
Cikgu Effa dipercayai kemudian mengambil buah tersebut dan menunjukkan pada kamera.
View on Threads
Dah simpan durian dalam beg siap-siap sebelum pergi sekolah
Dalam satu lagi hantaran dikongsikan, ibu Affan turut menunjukkan anaknya telah meletakkan sebiji durian di dalam beg pada malam sebelumnya untuk diberikan kepada Cikgu Effa.
“Pagi tadi hantar anak sekolah, lepas tu cikgu dia bagitahu dekat kita yang dia tanya anak esok nak bawa kuih apa dekat sekolah. Si anak jawab nak bawa durian.
“Nak dijadikan cerita tadi atuk dia beli durian. Boleh dia (Affan) pergi cakap kata ‘belikan durian untuk cikgu dia ke?’ dan awak semua tengoklah dia letak durian dalam beg dia weh nak bagi dekat cikgu esok,” kata si ibu.
View on Threads
Ramai terhibur lihat gelagat kanak-kanak bawa durian untuk cikgu
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Affan membawa durian untuk diberikan kepada cikgu tadikanya.
Tidak kurang ada yang mengatakan Affan mempunyai ‘common sense’ yang tinggi serta penyayang apabila mengingati hari terakhir gurunya.
Selain itu, ada juga yang memuji Affan seorang yang comel dengan gelagatnya itu.
“Ayat cikgu dah lawak. Parent punya reply pula hahaahha”
![Image from: Gelagat Kanak-kanak Buat Kejutan Hadiahkan Cikgu Sebiji Durian Buat Ramai Terhibur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bawa-durian-3.jpg)
“Comelnya, sayang betul dia kan cikgu kan. Mujur dia tak hadiahakan rantai atau gelang emas ibu”
![Image from: Gelagat Kanak-kanak Buat Kejutan Hadiahkan Cikgu Sebiji Durian Buat Ramai Terhibur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bawa-durian-4.jpg)
“Adik! Comelnya awak”
![Image from: Gelagat Kanak-kanak Buat Kejutan Hadiahkan Cikgu Sebiji Durian Buat Ramai Terhibur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/bawa-durian-5.jpg)





