Gelagat lucu di Threads, Azeva rupanya ‘seram’ dipantau ibu

EntertainmentMovie
24 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gelagat lucu di Threads, Azeva rupanya ‘seram’ dipantau ibu

SHAH ALAM: Pengacara dan penyanyi, Azeva, mengakui sedikit ‘seram’ sejak ibunya yang juga penerbit, Datuk A. Aida, mula aktif di Threads, sekali gus memantau aktivitinya di media sosial.

Bagaimanapun, Azeva tidak berasa janggal, malah sering menyakat ibunya yang kadangkala berkongsi ayat-ayat sedih di platform berkenaan.

“Saya sebenarnya seram bila buka Threads, tiba-tiba mama saya tulis, ‘Hello, kenapa dekat sini?’. Tengoklah, dekat TikTok pun saya selalu jadi ‘bahan’ dia.

“Kadang-kadang mama suka tulis ayat sedih, saya balaslah ‘stay strong’, lepas itu dia marah pula,” katanya berseloroh ketika ditemui media selepas tamat Konsert Big Stage Rocketfuel, baru-baru ini.

Dalam pada itu, A. Aida menjelaskan, penglibatannya secara aktif di aplikasi Threads mempunyai misi tersendiri, iaitu memastikan dirinya sentiasa mengikuti perbincangan mengenai isu semasa di media sosial.

“Kita kena sentiasa’up-to-date’. Selain mengikuti perkembangan semasa, objektif utama saya adalah untuk pantau dia (Azeva) juga,” katanya.

Beralih kepada perkembangan kerjaya, Azeva kini bergelar penerbit menerusi syarikat miliknya, Hello Production.

Azeva bakal muncul dengan filem sulung terbitannya berjudul Bisikan Nafsu yang dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 1 Oktober depan.

Tidak hanya duduk di kerusi penerbit, Azeva turut menyumbangkan suara untuk lagu tema (OST) filem berkenaan berjudul Tanpa Rasa Jemu.

“Single terbaharu saya, Tanpa Rasa Jemu, akan dilancarkan secara rasmi pada 11 September ini. Ia merupakan satu pencapaian besar buat saya selepas tamat program Talk To My Manager.

“Selain itu, insya-Allah pada Januari tahun depan, saya akan keluarkan satu lagi single berjudul Sejiwa yang kini sudah pun berada dalam simpanan kami,” katanya.

Selain lakonan dan nyanyian, Azeva turut memberi bayangan untuk terus aktif dalam bidang pengacaraan selepas menerima maklum balas positif sepanjang lapan minggu mengendalikan program Big Stage.

Difahamkan, terdapat beberapa tawaran kontrak pengacaraan baharu yang sedang dalam proses perbincangan untuk masa akan datang. -UTUSAN

The post Gelagat lucu di Threads, Azeva rupanya ‘seram’ dipantau ibu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved