[VIDEO] ‘Takut dia menumpang, meremang satu badan’

20 Aug 2026 • 2:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Takut dia menumpang, meremang satu badan’

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori berdepan pengalaman seram apabila dia terserempak objek putih dikatakan ‘penunggu’, ketika dalam perjalanan keluar dari sebuah kilang pada tengah malam.

Kisah itu dikongsikan individu itu menerusi hantaran video pada Threads @Naem fm yang memperlihatkan ‘penunggu’ tersebut di tepi jalan dan ia diam serta tidak bergerak dari situ.

“Ni kisah aku terserempak dengan penunggu waktu nak keluar kilang. Aku baru lepas siap isi barang, pukul 12 tengah malam keluar dan aku lori yang akhir.

“Jalannya memang kena lalu hutan sikit. Terhenti perjalanan aku seketika, waktu ni aku dok fikir nak lintas ke tak nak. Aku kalau dia nak muncul kat tepi jalan ke, tengah jalan ke tak pe. Jangan dalam lori je,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjawab pertanyaan pengguna Threads lain, @Naem fm berkata, dia memberanikan diri meninggalkan jalan tersebut memandangkan ‘penunggu’ itu masih tidak hilang dan berada di situ.

“Saya tunggu dalam 10 hingga 15 minit macam tu, dia tak hilang-hilang juga. Penyudahnya saya jalan je. Tekan minyak rapat juga waktu tu, takut dia tumpang lori. Meremang satu badan waktu tu.

“Saya banyak kali dah jumpa dengan kena kacau. Tapi sepanjang saya bawa lori, yang ni paling menonjol dengan sempat rakam,” katanya.

Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang berkongsi pengalaman seram bertemu kelibat didakwa ‘makhlus halus’.

“Pernah nampak empat beradik bunjut boleh jatuh bangun banyak kali belakang lori yang ada khemah,” komen @Arifsofiy.

“Fuh jelas, biasa kabur-kabur macam asap,” komen @Abou Rayyanz.

“Bang, saya kena dekat Lebuh Raya Pedas Linggi menghala Melaka juga bang. Saya pejam mata dan langgar je. Tapi jelas dia keluar ikut kelapa sawit. Rupa-rupanya ramai kena tempat sama,” kata @Sharul bbc2. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Takut dia menumpang, meremang satu badan’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved