Apa khabar semua? Terima kasih atas ucapan yang baik – Aminuddin

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 1:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Apa khabar semua? Terima kasih atas ucapan yang baik – Aminuddin

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilihat tenang meneruskan rutin hariannya selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila berkongsi aktivitinya mengemas barang di rumah kampung menerusi akaun Threads miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Aminuddin turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya.

“Apa khabar semua? Terima kasih atas ucapan yang baik-baik, saya baca satu per satu. Alhamdulillah. Agenda hari ini, kemas barang-barang yang dipindahkan di rumah kampung,” kongsinya, hari ini.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya memuji sikap beliau yang disifatkan kekal positif dan berlapang dada walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran negeri.

Seorang pengguna Threads, Syapiksaad, menyifatkan Aminuddin sentiasa mengukir senyuman walaupun tewas pada PRN, selain berharap isu berkaitan adat Negeri Sembilan dapat diselesaikan dengan baik oleh pentadbiran baharu.

“Bayangkan Tok Min yang kalah pun senyum ceria macam menang. Tak apa, kita tengoklah mereka selesaikan isu adat Negeri Sembilan,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Fanamz, turut merakamkan penghargaan kepada Aminuddin atas jasa beliau ketika menjadi Menteri Besar, khususnya dalam membantu pelajar di negeri itu.

“Terima kasih Tok Min. Kerana Tok Min, saya sebagai bekas pelajar Negeri Sembilan banyak mendapat bantuan belajar dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Apa khabar semua? Terima kasih atas ucapan yang baik – Aminuddin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved