Gelagat Nabil Ahmad Guna ‘Kabel’ Bergambar Dengan Lee Zii Jia Curi Perhatian Ramai

7 Aug 2024 • 7:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gelagat Nabil Ahmad Guna ‘Kabel’ Bergambar Dengan Lee Zii Jia Curi Perhatian Ramai

Gelagat penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad, menggunakan ‘kabel’ untuk curi-curi bergambar dengan Lee Zii Jia berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video ERA, Nabil dilihat bersama ahli keluarga Zii Jia di lapangan terbang, menanti ketibaan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik itu.

Tindakan Nabil menggunakan nenek Zii Jia sebagai ‘kabel’ untuk menarik perhatian pemain badminton negara itu terbukti berkesan.

Zii Jia segera mendekati neneknya, dan Nabil tidak melepaskan peluang keemasan melaksanakan misi bergambar dengan atlet berusia 26 tahun itu.

“Yes! Yes! Menggunakan ‘kabel’ nenek, kita berjaya!” kata Nabil yang kelihatan teruja selepas berjaya mengambil gambar bersama Zii Jia.

@era.je

Nabil dapat ambil gambar dengan @leeziijia dan nenek dia Welcome Home Wira Negara #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Selain itu, Nabil turut menyambut kepulangan beregu badminton lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, yang juga membawa pulang pingat gangsa buat Malaysia.

Dalam perkongsian video ERA yang lain, Nabil kelihatan turut berpeluang mengambil gambar bersama mereka.

@era.je

@nabilzira dapat bergambar dengan @sohwooiyik @aaronchiatengfong Yeay welcome home champs!! ERA so proud of you #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

“Alhamdulillah, misi selesai. Walaupun sekejap, kami sempat berjumpa dan mengambil gambar bersama Lee Zii Jia, Aaron Chia, dan Soh Wooi Yik,” katanya dalam satu lagi perkongsian video ERA.

Difahamkan, Nabil terpaksa berkejaran dari balai ketibaan antarabangsa ke domestik sebanyak dua kali untuk menanti ketibaan hero negara itu sebelum ketiga-tiga mereka muncul di balai ketibaan domestik.

“Terima kasih banyak kepada semua yang menunggu kami sejak pagi tadi. Dari balai ketibaan antarabangsa ke domestik, domestik ke antarabangsa, dan kembali semula, sangat berbaloi, puas hati. Ini untuk Malaysia,” ujarnya lagi.

@era.je

Misi @nabilzira berjaya nak sambut kepulangan atlet Malaysia berjaya Dapat bergambar dengan @leeziijia @aaronchiatengfong @sohwooiyik ok kita siap bawa poster untuk diorang tau!! Malaysia Boleh #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Lee Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen, dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, dengan skor 16-21, 22-20, 21-19 untuk meraih pingat gangsa.

Sumber: ERA via TikTok, Sinar Harian