“RM 22K ye!” – Bawa Beg Goyard Ke Olimpik, Lee Zii Jia Dipuji Ada ‘Taste’!

Entertainment
7 Aug 2024 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih bercakap mengenai atlet badminton, Lee Zii Jia tetapi kali ini lain pula ceritanya dan bukan mengenai pingat gangsa yang dimenanginya di Olimpik Paris 2024.

Atlet yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu menarik perhatian netizen apabila dia dilihat membawa beg berjenama mewah dari Perancis iaitu Goyard.

Beg itu bernama Goyard Bowling 45 Green Bag dan lebih mengejutkan beg itu berharga RM22,608 seunit, malah beg itu juga mempunyai custom huruf depan (initials) namanya.

Gambar atlet itu tular di aplikasi X dan dikongsikan oleh @heytofans, difahamkan gambar itu diambil ketika Zii Jia ingin berangkat pulang ke Malaysia.

“Wah ada taste!”

Gambar atlet badminton itu sudah pastinya menarik perhatian netizen dan rata-rata kagum dengan citarasa Zii Jia dalam berfesyen.

Malah, ada juga yang terkedu dengan harga bag mewah itu yang mencecah puluhan ribu.

image is not available

Sebagai info, Zii Jia selamat tiba di Malaysia hari ini bersama dengan pemain badminton kebangsaan lain selepas memberikan persembahan yang begitu baik di pentas Olimpik Paris.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.