
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat mereka yang mendapat pencapaian cemerlang semasa melanjutkan pembelajaran di pengajian tinggi, sudah pasti anda mahu mendapatkan pekerjaan sesuai mengikut kelayakan.
Namun begitu, tidak semua syarikat menawarkan gaji yang setimpal dengan bakat dan kebolehan setiap calon. Oleh disebabkan itu, ramai yang sanggup berhijrah dari tempat dibesarkan ke tempat orang lain. Malah ada yang sampai ke negara luar.
Meskipun perlu berjauhan dengan insan dan keluarga tersayang, tetapi masa depan yang cerah mendorong mereka untuk berpindah selain mencari pekerjaan yang terbaik.
Baca Artikel Berkaitan: “Budaya Ke?” – Pekerja Indonesia Culture Shock Open House Raya Di Malaysia Lebih Sebulan
Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Asing Di Malaysia Ada Wang Simpanan Lebih RM300,000, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati
Gaji Tinggi Faktor Utama Wanita Pilih Untuk Kerja Di Malaysia
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@anakmerantauu) apabila seorang wanita dari Indonesia dikenali sebagai Sofi berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja di Malaysia.
Menurut Sofi, dia sudah menetap di negara ini sejak tahun 2016 termasuklah waktu dia menyambung pelajaran. Jelasnya, kini dia bekerja di sebuah syarikat teknologi.
Faktor utama dirinya memilih untuk bekerja di Malaysia adalah kerana negara ini berdekatan dengan tempat lahirnya. Bukan itu sahaja, antara perkara lain yang membuatkan Sofi membuat keputusan itu adalah kerana tawaran gaji lebih tinggi.
Baginya RM3,000 adalah jumlah pendapatan yang tinggi buat warganegara Indonesia.

Sumber: Malay Mail
Caruman KWSP Di Malaysia Tinggi
Selain gaji, caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) oleh majikan sebanyak 12-13% turut dikatakan tinggi. Dengan jumlah tersebut, Sofi dapat menabung untuk kegunaan masa hadapan.
Sofi berkata dia sebelum ini mencari pekerjaan melalui portal-portal kerja tersedia seperti LinkedIn dan Jobstreet.

Sumber: Malay Mail/Pexels
Manakala di tempat kerja sekarang, Sofi mengambil pendekatan lain dengan memohon terus dari laman sesawang syarikatnya.
Selepas bertahun-tahun mengembangkan kerjayanya, wanita tersebut mendakwa dia mampu membeli sebuah kereta di Malaysia dengan harga lebih kurang 40 juta rupiah (kira-kira RM10,440) sahaja.

Sumber: Pexels
Menurutnya ketika waktu bekerja, dia lebih memilih menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT kerana ianya lebih mudah.
@anakmerantauu Ga cuma di Taiwan aja yang banyak orang Indo nya👀 Ada yang tertarik kerja di Malaysia?🇲🇾 #indotaiwan #kerjaditaiwan #kerjadimalaysia ♬ sonido original – Selectomusic | #GoodMusic
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Banyak Pandangan Tentang Bekerja Di Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Ramai dilihat bersetuju dengan pandangan Sofi tentang kebaikan bekerja di Malaysia.
“Sangat berbaloi kalau kerja di Malaysia sebab kebanyakan kerja di mana-mana negeri diberikan bayaran OT (lebih masa). Kriteria (syarat) juga tidak begitu rumit,” kata seorang individu dari negara jiran.
Ada yang berkata harga kereta baharu di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding 40 juta rupiah seperti yang dikatakan Sofi.
“Kereta mana ada yang dijual dengan harga 40 juta rupiah. Kecuali beli yang terpakai (second hand),” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir warga Indonesia yang dipercayai pernah melawat ke Malaysia mendakwa negara ini tidak mempunyai banyak kemudahan untuk pejalan kaki. Ia sekaligus menyebabkan mereka perlu membeli kereta untuk bergerak ke mana-mana.
“Sangat tak mesra berjalan. Kalau banding dengan Indonesia, lagi susah berjalan dekat Malaysia. Sangat ‘car-centric’,” kata seorang netizen.






Poster Iklan Kerja Mixue Malaysia Dipuji Netizen Indonesia
Sebelum ini, turut tular di media sosial apabila penduduk di Indonesia bersetuju bahawa syarat kelayakan sesuatu pekerjaan di negara mereka adalah rumit.
Netizen Indonesia juga memuji poster iklan mencari pekerja dari jenama Mixue yang diuar-uarkan di Malaysia.
Menerusi perkongsian gambar poster, jelas kelihatan perbezaan di antara kedua-dua iklan mencari pekerja tersebut.

Kelihatan poster iklan dari Indonesia lebih banyak meletakkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemohon, manakala poster dari Malaysia pula tidak menetapkan sebarang syarat.
Tidak hanya itu, iklan mencari pekerja dari Malaysia juga menyatakan tentang anggaran gaji yang akan diterima oleh pekerja berserta faedah-faedah diperolehi seperti KWSP, Socso dan bonus prestasi.
Baca Artikel Berkaitan: Orang Indo Puji Iklan Kerja Kosong Di Malaysia Lebih Mudah, Tak Banyak Syarat Seperti Indonesia
Baca Artikel Berkaitan: Selepas 20 Tahun, Ahli Politik Indonesia Lawat Kedai Sate Di Kajang & Imbau Memori Kerja Part Time Di Malaysia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Warga Indonesia Mampu Bina Rumah Banglo Di Kampung Halaman Hasil Gaji Kerja Di Malaysia [Video]
Source:

![Bapa Pasang Harness Pada Anak Kecil Semasa Menunggang Sport Bike Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)


