Gelagat Penunggang RXZ Miri Bike Week Disambut Polis Buat Netizen Terhibur

27 Aug 2022 • 9:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penunggang RXZ dalam perjalanan ke Miri Bike Week ditahan polis yang baik hati.

Gelagat Penunggang RXZ Miri Bike Week Disambut Polis Buat Netizen Terhibur. Bila tiba musim perayaan, sudah pasti sekatan jalan raya giat dijalankan sebagai tujuan pemeriksaan keselamatan.

Namun, buat peminat jentera roda dua sudah pasti akan menjadi sasaran pihak polis lagi-lagi sempena Miri Bike Week yang sudah pasti akan menampilkan beraneka jenis motorsikal yang tidak mematuhi aturan yang ditetapkan.

image is not available
Gelagat Penunggang RXZ Miri Bike Week Disambut Polis Buat Netizen Terhibur

Tular baru-baru ini di Facebook, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna bernama Zai Terejal yang memaparkan gelagat seorang pemuda bersama dua orang polis trafik.

Dalam perkongsian video tersebut, pemuda itu telah ditahan oleh polis trafik dalam satu sekatan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke Miri Bike Week.

https://www.facebook.com/zai.terejal/videos/1427415194335667
Penunggang RXZ dalam perjalan ke Miri Bike Week ditahan dalam sekatan jalan raya. kredit: Facebook Zai Terejal

Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila pemuda yang menunggang motorsikal RXZ kuning itu ditahan kerana melakukan modifikasi motorsikal yang tidak dibenarkan.

Tukar ekzos, tiada cermin sisi dan tiada nombor plat kenderaan.

Tidak ketinggalan pemilik video berseloroh menyifatkan rakannya seorang yang degil kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerana melanggar aturan modifikasi yang ditetapkan.

Lebih menarik perhatian ramai, polis trafik tersebut juga kelihatan sangat sporting dan pemuda itu hanya tersenyum akur dengan teguran yang diterima.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 325 ribu tontonan, 7.6 ribu tanda suka dan 473 komen di facebook, rata-rata netizen turut memuji tindakan polis trafik itu.

Wah, mereka bernasib baik dapat jumpa dengan abang polis yang sempoi, kalau kena tahan dengan Sarjan Misai confirm dapat surat cinta.

Jom kita telusuri kes Najib Razak yang menjadi perbualan hangat: