
Audio siar atau podcast pada masa kini telah menjadi trend yang sering menarik perhatian pengguna media sosial.
Malah tidak dinafikan, mereka yang melakukan podcast ini turut mengupas pelbagai isu seperti agama, politik, gaya hidup dan sebagainya.
Susulan daripada trend yang sedang meningkat dan menjadi perhatian itu, tidak dinafikan ramai juga yang mula menceburi dalam bidang audio siar ini dengan membuat persiapan studio, barangan teknikal bagi menghasilkan kualiti yang baik untuk setiap kandungan yang dikeluarkan.
Gelagat 3 wanita buat podcast undang perhatian
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan tiga orang wanita yang ‘kononnya’ cuba melakukan podcast sehingga menarik perhatian.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wannrrainee, sekumpulan orang wanita itu pada awalnya telah berkunjung ke pusat hiburan karaoke bersama rakan yang lain.
Namun sebaik sahaja, sesi karaoke tamat mereka dilihat tidak terus pulang meninggalkan bilik berkenaan sebaliknya berlakon seperti melakukan podcast dengan menggunakan mikrofon di dalam bilik terbabit.
Dalam video itu, kedengaran dua orang wanita itu seperti membuka topik tentang persahabatan.
Podcast bajet🤧🤧 #fypシ #podcast #karaoke
Gaya pegang mikrofon buat ramai terhibur
Malah apa yang menarik perhatian, mereka turut melakukan gaya mikrofon seperti yang selalu dilakukan dalam banyak audio siar.
Gelagat sekumpulan wanita itu turut membuatkan orang ramai terhibur malah cara mereka memegang mikrofon juga menjadi bualan.
“Meh buat podcast dekat hall kita”

“Mikrofon itu”

“Nak buat juga tapi abang karaoke dah tunggu dekat luar bilik 10 minit”


![Remaja Sanggup Mogok Tak Makan 3 Hari, Paksa Ibu Beli iPhone Untuk Dirinya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Perunding Kewangan ‘Sekolahkan’ Anak Muda Buat Loan Beli iPhone Tapi Tak Mampu Bayar Bulanan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/personal-finance.jpeg)
![Ramai Geli, Pelanggan Jumpa Ulat Sampah Dalam Nasi Goreng [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
