
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tidak dinafikan kita sentiasa dinasihatkan untuk saling menghormati antara satu sama lain apatah lagi jika hidup berjiran.
Malah kita juga perlu menjaga adab berjiran seperti menyantuni dengan baik, tidak membuatkan jiran marah dengan sikap yang tidak sepatutnya dan banyak lagi.
Terdapat banyak kebaikan hidup berjiran jika semua masyarakat sentiasa menjaga adab antara satu sama lain.
Gelagat wanita saling berbalas surat dengan anak jiran raih perhatian
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi momen comelnya bersama seorang jiran cilik apabila saling berbalas surat melalui tingkap rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Daneetha Muniandy di TikTok, dipercayai mereka duduk di perumahan seperti pangsapuri atau kondominium.
Dalam video tular itu kanak-kanak yang dikenali sebagai Damia, 12, merupakan anak kepada jiran Daneetha yang duduk di tingkat atas rumahnya.
Turunkan surat dari tingkap atas rumah
Pada awalnya kelihatan kanak-kanak perempuan itu menurunkan surat menggunakan tali ke tingkap Daneetha dengan mengatakan “Hi jiran.”
Surat itu kemudian dibalas oleh Daneetha dengan bertanya khabar sebelum dia meletakkan semula surat terbabit pada tali yang dihulurkan.
Dalam surat berkenaan kelihatan mereka berkenalan dan bertanya mengenai nama, umur dan banyak lagi.
Part 1 This afternoon, a note came down into my living room… tied to a string. It said: “Hi neighbour”, in Malay. We exchanged little gifts. I sent her stickers… she sent me biscuits and I added two Belgian chocolates, because—why not? Her name is Damia. She’s 12. My neighbour, and new friend. Damia’s little hearts and smileys on her note, totally warmed my heart. #mademesmile #wholesome #kindness #heartwarming #fyp
Siap tukar-tukar hadiah
Malah apa yang menjadi perhatian mereka tidak sekadar berbalas surat bahkan turut saling bertukar hadiah.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, mereka dilihat kerap berbalas surat malah sering bertanya khabar dan perkara yang sedang dilakukan.
Bukan hanya itu Daneetha juga memaklumkan kepada kanak-kanak berkenaan dia ingin membuat biskut coklat chip. Damia turut tidak ketinggalan memberikan satu pek bancuhan air segera (instant) untuk Daneetha nikmati pada waktu petang.
Satu lagi video yang dikongsikan, kelihatan Damia tidak sabar menerima biskut yang dibuat Daneetha apabila memberikan surat dengan mengatakan manisan itu bau sungguh enak.
Daneetha turut berkongsi beberapa momen dia membuat biskut tersebut sebelum diberikan kepada jirannya itu. Malah dia turut menggelarkan jirannya itu sebagai ‘my sweet little neighbour’.
“Petang ini, satu nota turun ke ruang tamu dan diikat dengan tali. Ia mengatakan ‘Hi jiran’ dalam bahasa Melayu. Kami bertukar hadiah kecil. Saya berikannya pelekat. Dia berikan saya biskut dan saya tambah dua lagi coklat Belgian,” kata Daneetha di ruangan kapsyen.
Selain itu Daneetha juga menyifatkan tindakan kanak-kanak itu membuatkan hatinya senang.
So many of you loved Part 1 (the note on a string). Today she surprised me again — she asked if I was going out, then sent me a caramel macchiato drink packet 💌☕. I sent her stickers back, and tomorrow I’m baking cookies to bring to her family 🍪. #kindness #mademesmile #heartwarming #wholesome #fyp
Part 3 This evening I handed Damia the cookies 🍪. She’s indeed a sweet little one. She sent me a note from above thanking me for the cookies. Met Damia’s mom who was shocked by the TikTok views and responses. I told her that little Damia is famous. A sweet lady herself and little Damia had shared our conversations with her mom. It’s rare to find kids so polite these days. Kudos to her parents for raising such a kind thoughtful little girl. Blessed to have a kind neighbour. #kindness #mademesmile #heartwarming #wholesome #fyp
Ramai suka dan sifatkan mereka comel
Menjengah ke ruang komen ramai yang suka melihat gelagat dua jiran itu saling berbalas surat.
Malah ada yang mengatakan ia suatu perkara yang comel, dan ada juga mengatakan anak mereka juga melakukan perkara sama dengan jiran.
Tidak kurang juga ada yang cuba mengusik Daneetha dengan mengatakan rumah di atas mungkin kosong dan tidak mempunyai jiran.
Namun Daneetha mengatakan dia mengenali tuan rumah tersebut namun tidak mengenali penyewanya. Akan tetapi dia sering melihat mereka di koridor bahagian atas dan ia membuatkannya berani untuk membalas surat tersebut.
“Nanti awak sedar rumah atas tu kosong. Tiada jiran atau jiran tanpa kanak-kanak”

“Sekarang saya nak menyiasat dan tahu lebih lagi mengenai bagaimana proses hubungan kawan ini”

“Weh anak aku pun macam ni dengan anak jiran atas. Siap nak beli aiskrim duit dalam plastik dari atas”

“Comel lah, dah macam zman dulu-dulu pula berboraknya”


![Ramai Terhibur Lihat Lelaki Tersilap Goreng Telur Guna Pati Air Kordial [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
