
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pada setiap tahun, pasti kita akan mendengar berita mengenai keputusan Peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) yang diumumkan.
Dapat dilihat pelbagai ekspresi dan momen yang dikongsikan di media sosial. Ada yang sedih dan gembira dengan kejayaan yang dicapai.
Malah, kebanyakannya turut berkongsi momen kejayaan dengan insan tersayang khususnya ibu bapa dan guru tercinta yang secara tidak langsung terlibat dalam perjalanan tersebut.
Tular pelajar tahfiz cemerlang SPM beri ucapan dalam bahasa Jepun
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang pelajar perempuan yang memperoleh 10A SPM ini berjaya mencuri tumpuan ramai selepas tular videonya memberi ucapan di dalam bahasa Jepun dengan fasih.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun @tahfizmadinatulhuffaz, pelajar itu merupakan pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Sains (MATIS) Madinatul Huffaz, Batu Caves, Kuala Lumpur.
Selain memperoleh keputusan yang cemerlang, pelajar tahfiz bernama Aina Afiqah Sahipol Nizam itu turut menerima anugerah sebagai Tokoh Sahsiah Pelajar.
Aina bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru
Semasa memberi ucapan di dalam bahasa Jepun, Aina menyatakan dia berasa sangat gembira dan bersyukur kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru dan berterima kasih kepada mereka atas kejayaan yang diperolehinya.
“Saya peroleh anugerah Tokoh Sahsiah Pelajar, saya rasa sangat gembira dan besyukur kepada pihak sekolah terutamanya guru-guru, saya amat berterima kasih,” katanya di dalam bahasa Jepun.
Difahamkan, selain cemerlang di dalam SPM dan menerima anugerah Tokoh Sahsiah Pelajar, Aina juga merupakan seorang Hafizah.
Ingatkan anak sahaja, rupanya bapa pun fasih bahasa Jepun
Apa yang lebih mengejutkan, bukan hanya Aina sahaja yang pandai bercakap bahasa Jepun, malah bapanya juga fasih di dalam bahasa itu.
Bapanya, Sahipol Nizam berkata dia sangat gembira kerana dikurniakan seorang anak yang cemerlang.
@tahfizmadinatulhuffaz 10A ✅ Hafizah ✅ Tokoh Sahsiah ✅ Cakap Jepun ✅ Macam checklist superhero 🤭 Siapa kata pelajar tahfiz tak boleh all-rounder? #MadinatulHuffaz #maahadtahfizgombak #maahadtahfizkl #fasttrackspm #spm2024 ♬ original sound – MATIS Madinatul Huffaz

![Isu Pelajar STPM Tidak Dapat Tempat Di UM: Ini Penjelasan Naib Canselor Universiti Malaya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
![“Saya Nak Banggakan Ibu Bapa” – Luahan Kanak-Kanak Ketika Program Motivasi Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)