
GENEVA – Sebutir batu nilam seberat 198 karat (39.6 gram) yang pernah menjadi sebahagian daripada permata mahkota monarki Russia, dijual pada harga AS$4.9 juta (RM22.05 juta) di Geneva semalam, lebih dua kali ganda harga anggarannya.
Firma lelongan Sotheby’s berkata, bidaan kemenangan dibuat menerusi telefon oleh seorang pengumpul yang enggan dikenali.
Nilam Ceylon biru terang berukuran 3 kali 3.5 sentimeter itu memasuki koleksi Dinasti Romanov pada pertengahan abad ke-19.
“Namun, usia batu permata itu sendiri adalah jauh lebih tua,” kata pengerusi barangan kemas di Sotheby’s,Andres White Correal.
Permata nilam itu disenaraikan untuk jualan selepas Revolusi Bolshevik 1917.
Ia bertukar tangan beberapa kali dan akhirnya sampai kepada Cartier, yang mereka bingkai gelang bertatahkan berlian terkini pada tahun 2015. – AFP
The post Gelang permata nilam dijual lebih RM22 juta appeared first on Kosmo Online.



