Gelanggang futsal dinaik taraf

2 Mar 2025 • 12:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Gelanggang futsal Kampung Karamunting kini dinaik taraf bagi memberikan kemudahan lebih baik kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, inisiatif naik taraf itu melibatkan pembinaan dinding dan kerja-kerja mencantikkan gelanggang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan turut menyumbang dengan menambah sebuah bumbung bagi keselesaan pemain.

“Saya berharap gelanggang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia dan dijaga dengan baik, termasuk memastikan kebersihannya sentiasa terpelihara.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kita mahu melihat lebih ramai belia terlibat dalam aktiviti sukan kerana ia bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat,” katanya.

George berkata demikian selepas merasmikan pertandingan futsal terbuka DUN Karamunting yang berlangsung di gelanggang berkenaan,baru-baru ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau turut menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dan bersama-sama menjaga gelanggang itu agar terus berada dalam keadaan terbaik untuk kegunaan semua.