“Gembira” – 10 Tahun Muda, Jung Ryeowon Ulas Perasaan Rakam Babak Ranjang Dengan Wi Hajoon

Entertainment
24 May 2024 • 2:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang sedang menonton “The Midnight Romance In Hagwon” sekarang?

Dalam video terbaru di saluran YouTube ‘Jang Yoon-joo’, Jung Ryeo-won telah hadir sebagai tetamu dan bercerita lebih mengenai drama yang dibintanginya itu.

Jelasnya, dia sangat gembira menjalani rakaman drama berkenaan,

Saya benar-benar gembira. Bilakah lagi saya akan dapat berlakon romantik dengan seseorang yang 10 tahun lebih muda dengan begitu bersungguh-sungguh.

image is not available

Apabila ditanya jika ada babak ciuman, Jung Ryeo-won berkata bahawa tak banyak adegan intim berkenaan namun bakal ada babak ranjang,

Perkara yang pelik adalah, saya telah banyak berlakon dalam pelbagai karya tetapi saya tidak pernah melakukan adegan ranjang. Tetapi kali ini, ada adegan tersebut.

Mendengarkan penjelasan Jung Ryeo-won, Jang Yoon-joo meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan episod berkenaan.

Jung Ryeo-won dan Wi Ha-joon memang nampak serasi kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.