Opera One sedia mempunyai ciri unik, iaitu bahagian tepi atau dinamakan “Sidebar” yang mempunyai akses pantas ke sejumlah perkhidmatan. Terbaru, melalui kemaskini Opera One, kini ia turut menambah akses pantas ke Google Gemini dan juga Google Translate.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengakses kepada kedua-dua perkhidmatan Google berkenaan tanpa perlu membuka sebarang tab. Pelbagai pertanyaan turut boleh dilakukan bersama Gemini dan mendapatkan jawapan serta-merta tanpa perlu bertukar-tukar web.
Tidak setakat itu, Opera One baharu ini turut menawarkan akses kepada ciri “Split Screen” sehingga empat tab pada sesuatu masa. Ini sekaligus membolehkan anda melakukan perbandingan atau melayari sehingga 4 web pada sesuatu masa dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan Opera One, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri baharu yang disertakan ini.
