Gemini 3.5 Transcribe: Teknologi canggih rekod pertuturan ke teks tepat & mudah

TechnologyDigital
27 Aug 2026 • 5:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Gemini 3.5 Transcribe: Teknologi canggih rekod pertuturan ke teks tepat & mudah

Google tampil dengan teknologi AI terkini Gemini 3.5 Transcibe yang mampu menjadikan pertuturan ke teks melangkah ke era baharu, di mana segala idea yang keluar secara lisan menjadi teks yang kemas serta-merta tanpa perlu risau tentang perkataan ‘um’ atau ‘ah’ yang keluar sewaktu perbincangan atau ketika berkomunikasi.

Melihat perkongsian hantaran milik Google di laman X, Google kini tampil dengan teknologi AI canggih yang mampu mentranskripkan pertuturan menjadi sebuah teks yang teratur dan kemas dengan Gemini 3.5 Transribe. Menerusi hantaran tersebut, Gemini 3.5 ini juga berkebolehan menukar audio kepada transkripsi yang tepat dalam lebih 85 bahasa.

— Google (@Google) August 26, 2026

Kelebihan Gemini 3.5 Transcribe

Fungsi Gemini 3.5 Transcribe ini merangkumi pelbagai situasi dan menjadikan ia sebagai pembantu yang versatil, bayangkan tugasan mencatat idea spontan, menyediakan minit mesyuarat menjadi lebih mudah dan pantas. Berikut beberapa fungsi utama yang menarik direka khas bagi mempermudahkan urusan kerja harian menurut Google:

Transkripsi mesyuarat dan temu bual : mampu mengesan dan membezakan sehingga tiga penceramah secara automatik berserta tampil dengan penanda masa bagi setiap pentutur

Menyunting suara automatik : Gemini 3.5 berkeupayaan menapis (“um,ah”) dan membuat pembetulan secara terus sewaktu anda bercakap

Hadir dengan pelbagai bahasa : berkebolehan memahami dan menukar audio dalam lebih 85 bahasa termasuk dialek daerah

Bunyi bising bukan penghalang fungsi transkrip : Gemini 3.5 kekal dengan kebolehan memahami audio walaupun terdapat gangguan bunyi bising, ia mampu menghasilkan teks transkrip yang tepat

Memahami gaya percakapan : dikatakan mampu memahami gaya percakapan serta maksud yang tersirat dari rakaman perbualan

Gemini kini boleh guna pada macOS

Menerusi hantaran Google yang lain di laman X, aplikasi Gemini boleh digunakan pada macOS dimana pengguna boleh melakukan pelbagai tugas dengan hanya menggunakan arahan suara pada Gemini. Antara tugas yang boleh dilakukan aplikasi ini adalah :

  • Mencari maklumat
  • Meringkaskan teks
  • Menjana gambar
  • Menganalisis fail

Rambler untuk telefon pintar android

Google juga memperkenalkan Rambler yang turut mempunyai ciri Gemini 3.5 Transcribe di mana aplikasi transkrip ini dboleh digunakan untuk pengguna android. Aplikasi ini mempunyai fungsi menukar pertuturan menjadi teks yang kemas. Dengan Rambler, penguna boleh menggunakan suara untuk :

  • membersihkan teks percakapan
  • Membetulkan kesilapan ejaan
  • Membuat suntingan teks
  • Mengubah gaya penulisan

Dengan adanya kemudahan teknologi seperti ini ia dapat membantu sedikit sebanyak menyiapkan tugasan harian dengan lancar di hujung jari. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Gemini 3.5 Transcribe anda boleh layari laman blog Google.

Ada yang dah cuba fungsi transkrip dengan Gemini 3.5 Transcribe? Kalau ada cuba anda kongsikan pengalaman kepada kami diruangan komen!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved