Gemini Intelligence Diumumkan – Pelbagai Lagi Ciri Ejen AI, Automasi dan Antaramuka Baharu

TechnologyDigital
13 May 2026 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini Intelligence Diumumkan – Pelbagai Lagi Ciri Ejen AI, Automasi dan Antaramuka Baharu

Apple ada Apple Intelligence dan kini Google melancarkan pula Gemini Intelligence yang mempertingkatkan beberapa ciri yang sebelum ini disokong pada Google Personal Intelligence. Ia adalah Gemini yang dipertingkatkan dengan antaramuka baharu lebih cerita dan ciri membantu pengguna di peranti Android, komputer riba Googlebook, jam tangan pintar Wear OS dan kereta Android Auto.

Image from: Gemini Intelligence Diumumkan – Pelbagai Lagi Ciri Ejen AI, Automasi dan Antaramuka Baharu

Kita mulakan dengan Chrome di Android akan menerima ciri melakukan penyelidikan, meringkaskan kandungan laman web, dan membandingkan kandungan lama web berbeza. Ciri Auto Browse pula membolehkan Gemini menempah janji temu restoran bagi pihak pengguna.

Image from: Gemini Intelligence Diumumkan – Pelbagai Lagi Ciri Ejen AI, Automasi dan Antaramuka Baharu

Proses mengisi borang ditambahbaik dengan Autofill yang dijana Personal Intelligence. Sekiranya Personal Intelligence diaktifkan (ia kini dimatikan secara lalai), Autofill akan menggunakan Gemini untuk mengisi lebih banyak maklumat dalam medan teks borang di laman web atau dokumen.

Image from: Gemini Intelligence Diumumkan – Pelbagai Lagi Ciri Ejen AI, Automasi dan Antaramuka Baharu
Autofill

Pada Gboard pula ciri Rambler membenarkan pengguna bercakap secara semula jadi (termasuk menggunakan “um”, “ah”, “like”) dan AI akan menukarnya kepada teks jelas. Ini adalah ciri yang sama dengan aplikasi Essential Voice yang dilancarkan Nothing bulan lalu. Rambler memahami perbualan dwibahasa dalam satu ayat.

Pengguna juga boleh menjana Widget tersendiri dengan hanya memasukkan beberapa prom. Ini mungkin dalam bentuk Widget untuk gambar keluarga sahaja daripada Photos. Serentak dengan pengenalan Gemini Intelligence, antaramuka Gemini akan diubah degan elemen bercahaya dan sedikit lutsinar berbanding rekaan rata sekarang.

Image from: Gemini Intelligence Diumumkan – Pelbagai Lagi Ciri Ejen AI, Automasi dan Antaramuka Baharu
Antaramuka Gemini baharu

Seperti yang diumumkan beberapa bulan lalu, Gemini kini boleh menjadi ejen AI yang melakukan tugas di latar selepas arahan diberikan kepada pengguna. Gemini boleh mengautomasi tugasan berbilang langkah seperti mengubah senarai barangan dapur dalam Keep untuk dibeli menerusi aplikasi edagang kegemaran pengguna.

Gemini Intelligence akan mula diberikan kepada peranti siri Samsung Galaxy S26 dan Google Pixel 10 pada musim panas ini iaitu sekitar Jun atau Julai. Kemudian Google Intelligence akan diberikan kepada semua peranti Android secara berperingkat.