Pemindahan Data Kata Laluan, Aplikasi, Gambar dan Mesej Dari iPhone Ke Android Akan Diberikan Tahun Ini

TechnologyDigital
13 May 2026 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saya mendapati iOS walaupun mempunyai antaramuka yang cantik tidak mempunyai pelbagai ciri menarik Android. Saya sering menerima soalan bertanya “sukar tak untuk berhijrah daripada iOS ke Android?’ Jawapan yang saya berikan ialah ya kerana tidak semua data daripada iPhone serasi dipindahkan ke peranti Android baharu.

Image from: Pemindahan Data Kata Laluan, Aplikasi, Gambar dan Mesej Dari iPhone Ke Android Akan Diberikan  Tahun Ini

Pagi ini Google mengatakan mereka bekerjasama dengan Apple bagi memudahkan proses lebih banyak data jika pengguna iPhone ingin berhijrah ke Android. Kelak data iPhone dalam bentuk kata laluan, gambar, mesej, aplikasi kegemaran, susun atur muka depan skrin hadapan peranti dan eSIM boleh dipindahkan dengan lebih mudah ke peranti Android.

Ciri bakal diberikan tahun ini dengan sokongan akan diterima peranti Samsung Galaxy dan Google Pixel terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada peranti pengeluar Android yang lain.