Gemini Intelligence Hanya Akan Disokong Pada Peranti Mercu Sahaja

TechnologyDigital
17 May 2026 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini Intelligence Hanya Akan Disokong Pada Peranti Mercu Sahaja

Gemini Intelligence diumumkan oleh Google awal minggu ini sebagai sistem kecerdasan buatan (AI) yang lebih menyeluruh serta menyokong pelbagai ciri automasi dan ejen AI. Ia bolehlah dilabel sebagai jawapan Google kepada Apple Intelligence tetapi kini sedia untuk digunakan.

Tetapi Google baharu sahaja berkongsi spesifikasi minima yang diperlukan untuk menyokong Google Intelligence dan nampaknya ia hanya untuk peranti yang paling mercu. Keperluan minima adalah seperti di bawah.

Image from: Gemini Intelligence Hanya Akan Disokong Pada Peranti Mercu Sahaja
Ciri Gemini Intelligence

Berikut ialah terjemahan senarai tersebut ke dalam bahasa Melayu yang tepat, semula jadi, dan mengekalkan istilah teknikal yang lazim digunakan:

  • Boleh menjalankan Gemini Nano terus pada peranti (Sokongan AI Core + dan Nano v3 dan ke atas)
  • Prestasi media: audio spatial, cahaya malap, HDR; gaming – GGI tahunan + kemas kini perisian pemandu
  • 12GB+ RAM
  • Cip Mercu
  • (5) Kualiti dalam Penggunaan Lapangan: Memenuhi SLO (cth., kadar kegagalan/ranap) pada tahun 2026. Dikuatkuasakan dengan lebih ketat pada tahun 2027
  • Kualiti semasa pelancaran: Lulus set ujian pada A17+
  • Kemas kini sistem operasi 5 kali, AVF, pKVM
  • Kemas kini keselamatan 6 tahun, setiap suku tahun

Spesifikasi di atas hanya dapat dipenuhi sebilangan kecil peranti Android mercu yang dilancarkan tahun ini dan penghujung 2025. Majoriti telefon pintar mercu awal 2024 sekalipun tidak melepasinya. Setakat ini Google telah menyenaraikan 28 peranti daripada 10 pengeluar sahaja yang melepasi spesifikasi minima.

  • Google – Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL, Pixel 10 Pro Fold
  • Honor – Honor Magic 8 Pro
  • iQOO – iQOO 15
  • Lenovo – Lenovo Idea Tab Pro Gen 2, Lenovo Legion Tab Gen 5(8.8″)
  • Motorola – Signature
  • OnePlus – OnePlus 15, OnePlus 15R
  • OPPO – Find X9, Find X9 Pro, Find X8, Find X8 Pro, Reno 14 Pro 5G, Reno 15 Pro 5G, Reno 15 Pro Mini 5G, Reno 15 Pro Max 5G
  • Realme – Realme GT 7T
  • Samsung– Galaxy S26, Galaxy S26+, Galaxy S26 Ultra
  • Vivo – vivo X200T, vivo X200, vivo X200 Pro, vivo X300, vivo X300 Pro

Walaupun Google Intelligence mempunyai banyak ciri menarik seperti Rambler, kemampuan mengesan penipuan, melakukan automasi tugas yang diberikan pemilik dan banyak lagi, ia hanya boleh dinikmati sebilangan kecil pengguna sahaja.

Ini adalah mengecewakan tetapi telah diduga memandangkan banyak ciri mercu seperti Personal Intelligence memerlukan langganan Gemini AI untuk digunakan. Hanya pemilik peranti mercu sahaja mampu melakukan langganan bulanan yang agak tinggi ini.