
BATU PAHAT - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 dikesan melanda perairan berhampiran Batu Pahat, Johor, pada jam 4.12 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, gempa itu dikesan pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 104 kilometer barat laut Tanjung Balai-Meral, Indonesia dan 18 kilometer barat daya Batu Pahat, Johor.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - Getaran, 25 Ogos 2026






