
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 4.12 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 1.7 darjah utara dan 102.8 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
“Pusat gempa berjarak 104 kilometer (km) barat laut dari Tanjung Balai-Meral, Indonesia dan 18km barat daya dari Batu Pahat, Johor.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN
The post Gempa bumi lemah gegar perairan Batu Pahat appeared first on Utusan Malaysia.






