Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km dari Sandakan

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 12:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km dari Sandakan
MetMalaysia memaklumkan gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer Utara dari Sandakan. Foto Facebook MetMalaysia

KOTA KINABALU - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer Utara dari Sandakan, Sabah pada 10.30 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa itu terletak kira-kira 354 kilometer Selatan dari Palawan, Filipina dan 88 kilometer Utara dari Sandakan, pada kedalaman 392 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved