Gempa Bumi 5.3 Di Sumatera, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia 

19 Nov 2026 • 5:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Gempa Bumi 5.3 Di Sumatera, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia 

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak berdepan ancaman tsunami susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.3 magnitud yang melanda perairan barat Sumatera Utara, Indonesia, pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada jam 9.34 pagi, dengan kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa dikesan kira-kira 168 kilometer ke barat daya Nias, Indonesia, pada koordinat 0.4 darjah utara dan 96.4 darjah timur.

Berdasarkan penilaian awal, MetMalaysia mengesahkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Getaran, 19 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved