Gempa bumi 5.5 Richter landa Kepulauan Talaud Indonesia

15 Nov 2025 • 3:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Gempa bumi sederhana 5.5 Richter berpusat 33 km timur Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km, tiada ancaman tsunami ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 1.33 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kenyataan MetMalaysia memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.0 darjah utara dan 126.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 33 kilometer di timur Kepulauan Talaud.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama