Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Segamat

3 Nov 2025 • 10:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Segamat

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) — Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya,” menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

Sumber: Bernama