Gempa bumi 6.5 magnitud landa Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia

27 Nov 2025 • 4:43 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 magnitud berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 12.56 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di di 2.7°U, 95.9°T pada kedalaman 57km.

“Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Bagaimanapun, jabatan itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan. - 27 November, 2025

The post Gempa bumi 6.5 magnitud landa Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia appeared first on Scoop.